Tuesday, March 17, 2009

Orang Yang Begitu Mencintaimu

] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Wednesday, March 11, 2009

Baik & Penyabar

Selalu org bercakap pasal baik...."bagusnya budak tu baik"
Kadang-kadang seronok orang puji diri kita baik....tapi kadang-kadang sedih gak.....bila kita baik org selalu pijak kepala....tapi tak nak la pulak jadi jahat...nanti selalu jadi bahan umpatan dan kejian....
Selalu org bercakap pasal sabar....."ko penyabar betul"
Bila dah jadi penyabar pun sedih gak....bila dah sabar sangat org buat endah tak endah plak main belasah jer....tapi bila tak sabar....nanti selalu di gelar gelojoh....
Sape pun tak tahu apa yang sebenarnya hati ini rasa...tapi hati ini kena redha dan seandainya dugaan ini memang di cipta untuk dirinya...."TERIMA KASIH, YA ALLAH"

Kisah Ikan Pari

Pari Bakar nyum...nyummm


Semalam ngan hubby beli ikan pari kat Pasar Tani...Balik masak la Asam Pedas Ikan Pari lada hitam.....Di sebabkan dah ada ikan untuk digoreng tak buat ler ikan pari bakar.... tak sangka ada orang merajuk la plak tak boleh makan ikan pari bakar.....Apa la nasib semalamkan....tersalah langkah masuk rumah ker....ari ni nak bakar ikan pari buat air asam la....tebus kesalahan....hehehe....kalau la daku yang kempunan nak makan gulai ikan kering tak de saper plak yang layan....sedihnya.....malas jer nak merajuk.....


"Syukur apa yang ada dan terhidang......"



Tuesday, March 3, 2009

Kesian Sofea

Muka Sadis jer..
Mama tolong sakit tangan..huhuhuhu....:(


Kesian Sofea...ari tu pergi ofis hubby..tolong kemas kan barang...sambil mengisi form dekat gov.my.... Jumaat malam tu dia tak sihat tapi tak demam just muntah jer...ari sabtu ingat dah ok bwk ler gi ofis hubby...tapi keadaan dia makin teruk....lepas minum air bandung dekat kedai kat opis hubby...dia dah start muntah dan cirit-birit...then ambik keputusan dengan wak g KPMC jer....sampai KPMC Dr terus tahan wad....masa dekat wad sofea ok la sebab dr masuk kan ubat tahan muntah.....tapi kat wad tu ada seorang hamba Allah ni umur tu dah senior citizen dah buat hal mengamuk dan sedekahkan baja dia bersepah dekat depan bilik sofea...kesian sofea mengigil ketakutan...macam2 kerenah manusia ni....aku duduk semalam jer the next morning tu sofea dah blh balik....kat rumah pula darwisy ngan hubby plak yang kena virus yang sofea kena...nasib baik aku ngan sara terselamat...so tak la ralat sangat....